Hah! Dah hari kedua dah blog baru ni bernafas. Seperti biasa aku kerja sekadar untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir kat company ni. Jika ada yang bertanya,
1) Eh! Kau nak berhenti ke?
2) Dah hantar tender ek?
3) Ko dah meluat kerja kat situ kan..??
Jawapan...... YESSSSSSSSSS!!!!!! Kepada semua soalan di atas.
Kerja sini
Menyingkap balik (*kata-kata BM gred A dah keluar dah...hahahahhaa) sesi interview pertama setahun setengah yang lepas, masa tu aku tak cukup pengalaman so tak dapat la nak masuk company tu. Then lepas tu rezeki masuk company ni.
2 bulan lepas aku hadir untuk interview jawatan yang sama dan dengan rezeki Allah bagi, alhamdulillah aku dapat selepas 3 sesi interview.
So berbalik pada tajuk entri...hah tu lah yang terjadi dekat makhluk Allah dua orang kat company ni. Sejak aku masuk sampailah sekarang tak habis-habis nak kacau kerja aku. Mengejek, mengutuk pastu mengumpat dah tak terkira lagi. Sejak akhir-akhir ni (*means sejak aku dah hantar tender berhenti kerja) makin ligat diorang ni nak sakitkan hati aku.
Aku rasa diorang ni memang jenis tak suka tengok orang senang kut...
Orang kata sarang tebuan jangan nak
SORRYY!!! Memang aku tak kan bagi. Nak mintak sendiri. Tak dapat sila buat sendiri.
Haisyyhhh...korang mesti tak paham kan? (*kompom ada yang angguk...hahahaha)
Kalu cerita kang tak terdaya Blogger.com nak post citer aku...hahahahahha
Tapi yang aku pelik kan...aku tak pernah kacau depa ni..tp depa duk ralit buat hati aku panas... Maybe diorang tengok aku ni cool je kut tak makan hati dengan kata-kata.
Sory to say..korang la makhluk yang aku tak maafkan kalau aku dah keluar dari company ni... SEKIAN!
Kesimpulan, jangan la buat orang sakit hati sebab korang yang sakit hati balik. Sebab aku memang tak terkesan dengan semua yang korang buat selama ni sebab aku fikir profesionalisme dalam bekerja. Tapi sejak aku nak berhenti ni..sila la terima kata-kata puaka dan sindiran maut daripada aku!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!
*p/s 1: Makan tempe sambal tadi sangat sedap!
*p/s 2: Esok cuti nak raya haji lusa ni...yeay!!!!