iNi pEnGiKuT

Monday, November 5, 2012

-Lama Dan Baru (Part 1)-

-Assalamualaiku wbt-
-Salam Sejahtera-

Cerita mula tentang hujung minggu lalu. Kan aku plan nak pindah kan ikan Arowana Silver aku ke rumah kawan aku. Alhamdulillah semua berjalan lancar Cuma keadaan kucar-kacir bila nak pindahkan ikan tu masuk ke dalam baldi.

-HAH!!!!Ikan masuk dalam baldi????-

Yerrrrr....ikan tu aku masukkan dalam baldi ajer. Baldi tu sebagai medium pemindahan. Yang kucar-kacir tu...ikan ni melompat keluar sebelum aku sempat tutup baldi tu dengan plastik. Mau tak kucar-kacir...ikan besor kut..

Then perjalanan mengambil masa 1 jam sebab umah member aku ni kat Banting nun. Dan sepanjang perjalanan aku duk risau pasal ikan Arowana ni. Entah mati ke....sebab senyap jer dia dalam baldi. Finally alhamdulillah selamat sampai dan hidup. Dan buat julung kalinya ikan ni mengkucar-kacirkan keadaan lagi sekali. Dia melompat keluar baldi dan kedebukkkk jatuh melintang depan seekor kucing. Hah!Apa lagi..lari lintang pukang la kucing tu. Maybe ikan tu besor sangat nak masuk mulut dia....hehehehhe

Then, lepas tu aku mencari batu sungai dan kayu hiasan aquarium untuk aku hiaskan aquarium aku. Yela ikan besor dah takde kan. So dalam misi mencari batu sungai ni, merata kedai aku pergi. Semua range harga RM 22 - RM 25 untuk packet 10kg punyaaa. Sekali cari punya cari, jumpa satu kedai ni dan harga dia RM 20 saje. Apa lagi beli ajer tanpa banyak bicara.


Dan kayu hiasan aku beli dekat Aquaria Seksyen 2 tu...sana jadi pilihan sebab banyak pilihan. Dan akhirnya berjaya mendeko aquarium aku.



Ok....tu kisah hari minggu. Tapi aku nak flashback kisah hari Jumaat bersamaan 2 November 2012. Hari terakhir aku kat Master Approach. Masa last-last nak balik tu, sempat bergila-gila dengan rakan pejabat dan kakak-kakak clerk yang selama ni sangat la baik dengan aku. Kalau tak....takde la naik sampai 10kilo keje kat MASB ni....hehehehehe So apa aktiviti yang sempat aku buat masa Jumaat tu???? Cekidot next pictures....

Ni Kak Aisah..awet muda taw...don't ever ask her age...hahahaha 

Sopan taw *tangan di dada mata ke atas

Tu la al-kisahnye...Dengan gambar-gambar tu maka tamat sudah kerja aku sebgai Proces Engineer untuk Painting Department MASB. Dan hari ni 5 November 2012 mula lah kerja aku sebagai Process Engineer di Sime Kansai Paint..so sampai di sini sahaja Part 1...esok akan masuk cerita Part 2 sekitar hari pertama aku kerja...

p/s 1: Bila masuk kije baru pagi tadi....tiba-tiba rindu riuh rendah pagi kat MASB..sedih wooo..
p/s 2: Kepada Kak Siti and Kak Aisah, terima kasih layan kerenah saya yang gila-gila...almaklumlah bongsu in Painting Department.
p/s 3: Kepada semua..terima kasih jugeeee...


0 comments:

Post a Comment

iNi Si Pengomen

Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool