iNi pEnGiKuT

Friday, November 2, 2012

-Ikan Kekek Mak Iloi-iloi-


-Assalamualaikum wbt-
-Salam Sejahtera-

Haaaaa....dah petang Jumaat..keadaan cuaca sangat lebat dan guruh melantun-lantunkan bunyi nye...dengan sengal-sengal perangai staff petang-petang macam ni menambahkan kehangatan petang-petang macam ni..hehehehe

Tiba-tiba hari ni terlebih rajin mengupdate entry baru...maybe sebab tak tahu nak buat apa dah. Ye la tepat je 5.15 petang ni dan di saat aku punch out card maka berakhirlah tugas aku dekat Master Approach ni. Dan berakhirlah juga tugas aku secara langsung sebagai Process Engineer for Painting Department.

Bila dah tamat kerja sini maka minggu depan aku akan mula kerja di tempat baru sebagai Process / Prodcution Engineer di Sime Kansai Paint. Hah! nanti aku wat entry lain pasal kerja-kerja ni.

Entry kali just nak express ketidakrasapuasan (*hah! amik kau) hati terhadap ikan aku.

-Erkkkk!!! Ikan???? Ce gile dengan ikan pun tak puas hati..

HAH! Memang la...ikan yang aku tak puas hati ni adalah Arowana Silver aku, yang dah panjang nye hampir 2 kaki (*lebih kurang 64 cm la panjangnye)

Ikan ni untuk pengetahuan korang aku beli untuk kali kedua. Kali pertama aku beli mati sebab dia bunuh diri. Panjang masa tu dalam satu kaki. Masa tu aku bodoh-bodoh alang masa bela ikan ni. Sebab aku bela ikan ni adalah persediaan sebelum aku nak bela Gold Arowana yang mahal-mahal tu.

Masa aku beli ikan ni dulu, panjang dia sejengkal pun tak sampai. Tapi dalam masa 6 bulan ni dia membesar macam raksasa. Dan ikan ni makanan dia biasanya akan makan apa sahaja benda hidup yang boleh muat dalam mulut dia.

Yang buat aku tak puas hati, ikan ni dah makin melampau. Lambat bagi makan sikit dia dah hentam ikan aku yang lain. Kalau ikutkan ikan yang dia hentam tu lagi besor daripada saiz mulut dia.

Dulu aku adalah bela 6 ekor ikan red kelah. Habis 4 ekor dia ngap dan yang lagi dua tu bunuh diri. Aku rasa sebab stress kut...hahahahahah siyes weh 2 ekor tu bunuh diri just after aku tukar air akuarium. Tengah duk pam air masuk dalam akuarium tiba-tiba dua ekor ikan kelah ni terapung baeekkkk punyeee.

Berbalik pada ketidakpuasan hati aku ni, geram aku dah tahap maksimum sebab dia dah serang seekor dari dua ekor ikan aku. Dan ikan tu jenis Albino Shark Fin Catfish. Dalam gamba di bawah ni, korang boleh tengok badan ikan tu bad injured and thanks God sebab tak cedera kat perut. Now aku dah asingkan ikan ni.

Mula-mual aku fikir boleh survive ke ikan ni sebab dah berdarah badan dia. Alhamdulillah ikan ni dicipta untuk tahan fizikal yang kuat. Ikan tu dah selamat dan sihat setelah dua hari diserang.


So aku telah memikirkan penyelesaian terbaik adalah dengan memindahkan Arowana Silver aku ke rumah kawan aku and aku bagi free ikan Arowana ni (*kalu ikut harga pasaran harga dia sekarang RM 180.00++)


Ikan ni akan dibawa pulang esok oleh kawan aku dan aku akan deco akuarium aku semula menjadi environment sungai dengan batu-batu dan kayu-kayu. Saje je nak deco macam tu sebab aku ada ikan lain lagi iaitu:-

1) 3 ekor carp
2) 2 ekor sharkfin catfish
3) 2 ekor lampan
4) 1 big ikan Hypostomus plecostomus (Bandaraya jenis apa pun tak taw sebab dia punya corak / pattern mcm zirafah polkadot *nak explain pun tak taw camner..tanya orang ada kata Leopard Pleco..entah laaaa)
5) 2 small Hypostomus plecostomus  (Bandaraya common species)
6) 2 small Albino Hypostomus plecostomus  (Bandaraya common species)

*Video sekadar santapan mata



p/s 1: Akuarium plastik 1 1/2 feet yang dijadikan storage anak ikan untuk makanan ika Arowana akan dijadikan akuarium ternak guppies..hehehe
p/s 2: Tiba-tiba teringat Lotter..hurmmmm...

0 comments:

Post a Comment

iNi Si Pengomen

Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool