iNi pEnGiKuT

Monday, November 5, 2012

-Lama Dan Baru (Part 1)-

-Assalamualaiku wbt-
-Salam Sejahtera-

Cerita mula tentang hujung minggu lalu. Kan aku plan nak pindah kan ikan Arowana Silver aku ke rumah kawan aku. Alhamdulillah semua berjalan lancar Cuma keadaan kucar-kacir bila nak pindahkan ikan tu masuk ke dalam baldi.

-HAH!!!!Ikan masuk dalam baldi????-

Yerrrrr....ikan tu aku masukkan dalam baldi ajer. Baldi tu sebagai medium pemindahan. Yang kucar-kacir tu...ikan ni melompat keluar sebelum aku sempat tutup baldi tu dengan plastik. Mau tak kucar-kacir...ikan besor kut..

Then perjalanan mengambil masa 1 jam sebab umah member aku ni kat Banting nun. Dan sepanjang perjalanan aku duk risau pasal ikan Arowana ni. Entah mati ke....sebab senyap jer dia dalam baldi. Finally alhamdulillah selamat sampai dan hidup. Dan buat julung kalinya ikan ni mengkucar-kacirkan keadaan lagi sekali. Dia melompat keluar baldi dan kedebukkkk jatuh melintang depan seekor kucing. Hah!Apa lagi..lari lintang pukang la kucing tu. Maybe ikan tu besor sangat nak masuk mulut dia....hehehehhe

Then, lepas tu aku mencari batu sungai dan kayu hiasan aquarium untuk aku hiaskan aquarium aku. Yela ikan besor dah takde kan. So dalam misi mencari batu sungai ni, merata kedai aku pergi. Semua range harga RM 22 - RM 25 untuk packet 10kg punyaaa. Sekali cari punya cari, jumpa satu kedai ni dan harga dia RM 20 saje. Apa lagi beli ajer tanpa banyak bicara.


Dan kayu hiasan aku beli dekat Aquaria Seksyen 2 tu...sana jadi pilihan sebab banyak pilihan. Dan akhirnya berjaya mendeko aquarium aku.



Ok....tu kisah hari minggu. Tapi aku nak flashback kisah hari Jumaat bersamaan 2 November 2012. Hari terakhir aku kat Master Approach. Masa last-last nak balik tu, sempat bergila-gila dengan rakan pejabat dan kakak-kakak clerk yang selama ni sangat la baik dengan aku. Kalau tak....takde la naik sampai 10kilo keje kat MASB ni....hehehehehe So apa aktiviti yang sempat aku buat masa Jumaat tu???? Cekidot next pictures....

Ni Kak Aisah..awet muda taw...don't ever ask her age...hahahaha 

Sopan taw *tangan di dada mata ke atas

Tu la al-kisahnye...Dengan gambar-gambar tu maka tamat sudah kerja aku sebgai Proces Engineer untuk Painting Department MASB. Dan hari ni 5 November 2012 mula lah kerja aku sebagai Process Engineer di Sime Kansai Paint..so sampai di sini sahaja Part 1...esok akan masuk cerita Part 2 sekitar hari pertama aku kerja...

p/s 1: Bila masuk kije baru pagi tadi....tiba-tiba rindu riuh rendah pagi kat MASB..sedih wooo..
p/s 2: Kepada Kak Siti and Kak Aisah, terima kasih layan kerenah saya yang gila-gila...almaklumlah bongsu in Painting Department.
p/s 3: Kepada semua..terima kasih jugeeee...


Friday, November 2, 2012

-Ikan Kekek Mak Iloi-iloi-


-Assalamualaikum wbt-
-Salam Sejahtera-

Haaaaa....dah petang Jumaat..keadaan cuaca sangat lebat dan guruh melantun-lantunkan bunyi nye...dengan sengal-sengal perangai staff petang-petang macam ni menambahkan kehangatan petang-petang macam ni..hehehehe

Tiba-tiba hari ni terlebih rajin mengupdate entry baru...maybe sebab tak tahu nak buat apa dah. Ye la tepat je 5.15 petang ni dan di saat aku punch out card maka berakhirlah tugas aku dekat Master Approach ni. Dan berakhirlah juga tugas aku secara langsung sebagai Process Engineer for Painting Department.

Bila dah tamat kerja sini maka minggu depan aku akan mula kerja di tempat baru sebagai Process / Prodcution Engineer di Sime Kansai Paint. Hah! nanti aku wat entry lain pasal kerja-kerja ni.

Entry kali just nak express ketidakrasapuasan (*hah! amik kau) hati terhadap ikan aku.

-Erkkkk!!! Ikan???? Ce gile dengan ikan pun tak puas hati..

HAH! Memang la...ikan yang aku tak puas hati ni adalah Arowana Silver aku, yang dah panjang nye hampir 2 kaki (*lebih kurang 64 cm la panjangnye)

Ikan ni untuk pengetahuan korang aku beli untuk kali kedua. Kali pertama aku beli mati sebab dia bunuh diri. Panjang masa tu dalam satu kaki. Masa tu aku bodoh-bodoh alang masa bela ikan ni. Sebab aku bela ikan ni adalah persediaan sebelum aku nak bela Gold Arowana yang mahal-mahal tu.

Masa aku beli ikan ni dulu, panjang dia sejengkal pun tak sampai. Tapi dalam masa 6 bulan ni dia membesar macam raksasa. Dan ikan ni makanan dia biasanya akan makan apa sahaja benda hidup yang boleh muat dalam mulut dia.

Yang buat aku tak puas hati, ikan ni dah makin melampau. Lambat bagi makan sikit dia dah hentam ikan aku yang lain. Kalau ikutkan ikan yang dia hentam tu lagi besor daripada saiz mulut dia.

Dulu aku adalah bela 6 ekor ikan red kelah. Habis 4 ekor dia ngap dan yang lagi dua tu bunuh diri. Aku rasa sebab stress kut...hahahahahah siyes weh 2 ekor tu bunuh diri just after aku tukar air akuarium. Tengah duk pam air masuk dalam akuarium tiba-tiba dua ekor ikan kelah ni terapung baeekkkk punyeee.

Berbalik pada ketidakpuasan hati aku ni, geram aku dah tahap maksimum sebab dia dah serang seekor dari dua ekor ikan aku. Dan ikan tu jenis Albino Shark Fin Catfish. Dalam gamba di bawah ni, korang boleh tengok badan ikan tu bad injured and thanks God sebab tak cedera kat perut. Now aku dah asingkan ikan ni.

Mula-mual aku fikir boleh survive ke ikan ni sebab dah berdarah badan dia. Alhamdulillah ikan ni dicipta untuk tahan fizikal yang kuat. Ikan tu dah selamat dan sihat setelah dua hari diserang.


So aku telah memikirkan penyelesaian terbaik adalah dengan memindahkan Arowana Silver aku ke rumah kawan aku and aku bagi free ikan Arowana ni (*kalu ikut harga pasaran harga dia sekarang RM 180.00++)


Ikan ni akan dibawa pulang esok oleh kawan aku dan aku akan deco akuarium aku semula menjadi environment sungai dengan batu-batu dan kayu-kayu. Saje je nak deco macam tu sebab aku ada ikan lain lagi iaitu:-

1) 3 ekor carp
2) 2 ekor sharkfin catfish
3) 2 ekor lampan
4) 1 big ikan Hypostomus plecostomus (Bandaraya jenis apa pun tak taw sebab dia punya corak / pattern mcm zirafah polkadot *nak explain pun tak taw camner..tanya orang ada kata Leopard Pleco..entah laaaa)
5) 2 small Hypostomus plecostomus  (Bandaraya common species)
6) 2 small Albino Hypostomus plecostomus  (Bandaraya common species)

*Video sekadar santapan mata



p/s 1: Akuarium plastik 1 1/2 feet yang dijadikan storage anak ikan untuk makanan ika Arowana akan dijadikan akuarium ternak guppies..hehehe
p/s 2: Tiba-tiba teringat Lotter..hurmmmm...

-Donut Dapur Si Bujang-


-Assalamualaikum wbt-
-Salam Sejahtera-

Bersiaran lagi kepada pembaca blog (yang pasti aku aje yang selalu jenguk blog aku..hahahaha) Hari ni hari Jumaat dan itu menandakan aku berada di hari terakhir di Master Approach Sdn Bhd kat Taman Sentosa Klang ni. 

Sedih????

Sikit sebab akan meninggalkan kakak-kakak clerk yang havoc yang sering menyumbat mulut aku dengan makanan all the time...hahahaha sebab tu leh naik sampai 10 kilo kerja kat sini. TETAPI semalam setelah 2 minggu workout secara sihat, berjaya turun 3 kilo beb!

Sangat suka aku! Selalu berdiri atas penimbang asik tengok angka naik je kan laklik semalam trun daaaaa...hahahaha

Jadual senaman aku mcm biasa..nanti aku cerita mcm mana jadual senaman aku...

Sekarang ni nak masuk ke entry sebenar iaitu dalam rancangan Dapur Si Bujang...haaaaaaaa. Kenapa nama Dapur Si Bujang?? Sebab aku bujang dan aku suka gak la masuk dapur. 

Menyingkap sejarah masuk dapur ni, FIRST menu aku adalah ikan sambal yang diajar oleh AYAHANDA. Hah! Pelik kan? Sebab not my mom yang ajar aku masak tapi my dad. Sejak hari tu aku cuba blaja chopping, menggunakan rempah dalam menu and paling penting macam mana nak menggantikan bahan yang tiada dalam dapur untuk dimasak dalam masakan. Contoh la kan nak buat ayam madu tapi madu tak dok..so gantikan dengan perapan gula. Haaaa...lebih kurang gitu laaa..

Dan sejak setahun lepas aku mula masuk ke dalam kuih-muih dan pastry.

Ok menu hari ni yang nak share adalah simple je. Dah kata Dapur Si Bujang kaaannn...so aku akan kongsi resepi yang mudah-mudah untuk orang bujang macam aku yang dah bosan beli makanan luar.

So...resepinye adalah kuih DONUT!

Ni pun request daripada sahabat yang nak resepi Burger Malaysia @ Burger Mini @ Pau Sambal.. Tapi cara buat doh sama dengan donut just beza masa nak bentukkan dia...

Tapi hari ni just share resepi DONUT..mari tengok bahan-bahan dulu yer...

Bahan-bahan:-

A) Doh

1) Tepung gandum - 300 g
2) Gula - 2 sudu besar (Setengah resepi taqk menggunakan gula)
3) Gram - 1 sudu kecil
4) Majerin - 2 sudu besar (Aku lebih suka brand Planta sebab tak berapa masin kalu majerin murah-murah tu besenye masin sedikit dan kuantiti garam dah xperlu)
5) Yis kering - 2 sudu kecil (Cari Mauripan tapi takdok so guna la cap Kijang)
6) Susu cair - 3 sudu besar (Apa-apa brand dan setengahnya resepi letak sesudu besar jer)
7) Air - secukupnya








B) Hiasan

1) Gula kasar atau gula aising


Macam biasalah kita perlukan alat buat donut ni dan penggelek



Cara membuat:-

1) Masukkan semua bahan doh kecuali
2) Adun sampai jadi ketul-ketul macam biasa



3) Lepas tu masukkan air
4) Uli-seulinya *kekuatan tangan amat diperlukan...bab-bab uli aku suka sebab kalu geram kat orang imagine je muka dia pastu tenyekkan doh tu...TAPI kena maintain dalam mood kasih-sayang...kah3



5) Uli doh sampai doh tak melekat dekat dinding-dinding bekas dan dekat tangan...senang cakap jangan sampai meleket.
6) Kalu rasa melekit2 tu tambah tepung sikit-sikit
7) Dah siap doh biarkan atau rehatkan doh selama 1 jam.
    - Sesetengah orang rehatkan doh dengan tutup dengan kain basah. Fungsi kain basah ni taknak bagi doh tu kering
    -Bagi aku pulak yang bujang ni, mana nak cari kain bersih nak buat tutup doh kan. So kat sini aku applykan sedikit fizik. Yela penat belajar engineering tapi tak apply kan... Cara yang aku buat amik kertas tisu basahkan dan susun sekeliling periuk tu dan tutup rapat dengan penutup supaya angin tak masuk. Secara tak langsung doh kita akan tidak hilang kelembapannya....haaaaa..bijak tak??? *kenyit-kenyit mata..hahahaha



8) Selepas 1 jam doh akan naik 2 kali ganda...sila tengok gamba di bawah...*bukan teknik photoshop yer...hahaha



9) Lepas tu tumbuk-tumbuk doh tu..jangan beria-ia pulak menumbuknye...tumbuk ala-ala manja laaa...hahahaha
10) Tabur tepung sikit atas papan penggelek dan letak doh..lepas tu apa lagi gelekk jangan tak gelek.. *bukan korang yang gelek...penggelek tu yang gelek..hahahaha
11) Last sekali tekap dengan acuan..ulang-ulang sampai abis doh
12) Biar sekejap doh kembang sikit then baru goreng



13) Panaskan minyak api kecil ketika goreng
14) Angkat dan tuskan minyak
15) Bila dah sejuk salut dengan gula tak kisah la gula kasar ke gula aising



16) Siap! Boleh la dijamu kepada tetamu

Hah! Dah siap resepi ni. Macam biasa bukan nak puji diri sendiri tapi pujian sedap tetap menyinggah di telinga...hehehehehehehe Alhamdulillah..Macam mana nak sedap? Masaklah dengan kasih-sayang...heeeee

Sekian, jumpa di lain entry masakan dalam Dapur Si Bujang! Bye-bye!

p/s 1: Kalau nak makan pagi...malam sebelum tu goreng half cook lepas tu sejukkan dan seal donut tu...bangun pagi goreng
p/s 2: Bawak donut ni ke opis sebab dah last day hari ni sebagai membalas jasa kakak-kakak clerk yang selama ni tak kedekut menyumbat makanan dalam mulut aku..hehehehe
p/s 3: Sebarang pertanyaan tinggalkan kat C-BOX ---------> atau pun dalam COMMENT




Thursday, November 1, 2012

-Blog Kami Ada Pengawal Peribadi-


-Assalamualaikum wbt-

-Salam Sejahtera-

Hah! Lama dah tak buka blog ni...genap seminggu kut...hehehehehe. Bese la...raya haji dan kemalasan kesibukan melanda. As told before, 2 years past memang sangat aktif blogging sampai hit followers 200++ (*eksen kan....hahahaha)

Tapi ada sebab kenapa aku lama tak buka blog. Sebab mencari widget benda alah ni laaa... tak clear lagi???

Alaaaaa...blog protector... Benda ni untuk prevent orang Copy (CTRL+C) and Paste (CTRL+V) any contents blog ni...(*kalau ada orang nak CUT (CTRL+X) tak mungkin kut......hehuhehuhehu)


"Weh! apsal nak copy resepi tak boleh?"


"Lorrrrr....sharing is caring kannn......kannn....kannnn...."

"Ermmm...tuan blog kedekkk!!!!!"


Ni mungkin yang bakal aku terima lepas ni sebab lock semua post aku from being copied and paste. Sebenarnya aku tak larang pun nak copy and paste any of the contents...Tapi berdasarkan pengalaman aku blogging 2 years past, kebanyakannya BLOGGER sangat malas nak letak link blog penulis asal.

Yela cuba bayangkan..TUAN TANAH penat perah idea nak menulis tapi senang-senang copy and paste kat blog sendiri WITHOUT any permission asked to! *Sedih!

Hahahaha..so untuk blog kali kedua ni aku terpaksalah mengambil langkah berhati-hati. Sebab (*berapa kali sebab dah ni...hahahaha) aku ni even keje bidang kejuruteraan....tapi aku minat menulis. Daripada cerpen pendek 3 mukasurat leh jadi cerita bersiri. So, bagi mengelakkan hasil kerja terbaik keras di CTRL+C and CTRL+V terpaksalah letak widget blog protector ni.

Hah ni disiapkan cara macam mana nak buat blog korang being locked. Tulisan asal dari empunya tuan tanah http://hachirobei.blogspot.com



-International Languange-

1) Log in blogger.com

2) Go to Template > Edit HTML > Tick Expend Widget on top of the HTML box

3) Scroll down and find the word 'head'

4) Copy and paste below code just after the word 'head'

*linked (click this)

or

<!--Disable Copy And Paste-->
<script language='JavaScript1.2'>
function disableselect(e){
return false
}
function reEnable(){
return true
}
document.onselectstart=new Function ("return false")
if (window.sidebar){
document.onmousedown=disableselect
document.onclick=reEnable
}
</script>


4) Save template and you have your own guard to protect your blog.

HAPPY TRYING!

p/s 1: Minggu depan dah masuk tempat kerja baru! yehaaa!!!!
p/s 2: Tunggu cerita bersiri daripada aku...peace!
p/s 3: Sebagai tuan tanah pun aku tak boleh copy paste...haisyyhhh...
Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Tool